Halaman

Search fOr yOurseLf

Monday 6 June 2011

Hapuskan halangan??

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga pembaca-pembaca semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. 
Hapuskan halangan? Apa yang saya maksudkan dengan hapuskan halangan? Izinkan saya untuk meneruskan bicara.
Hapus itu secara amnya membawa maksud menghilangkan,melenyapkan ataupun juga merosakkan. Halangan pula dari segi istilahnya membawa erti perkara yang menjadi rintangan kepada sesuatu perkara. Oleh itu, hapuskan halangan itu saya ertikan sebagai menghilangkan sesuatu perkara yang mampu menjadi rintangan kepada sesuatu perkara. Jadi,apa pula kaitannya dengan persekitaran yang boleh di akses oleh semua rakyat Malaysia?Sedar ataupun tidak, kaitan sudah jelas tersurat di mata kasar kita cuma perlu di interpretasikan dalam bahasa yang nyata.
Ya, untuk menghasilkan persekitaran yang boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia ; langkah pertama yang perlu diambil sudah semestinya untuk menghapuskan perkara yang mampu menjadi pembatas usaha murni itu. Sebelum itu, kita haruslah mengenal pasti terlebih dahulu apakah halangan - halangan yang perlu kita hapuskan.

Pertama, perasaan perkauman yang mampu menjadi musuh dalam selimut secara perlahan-lahan. Hal ini langsung tidak boleh di pandang remeh kerana ia melibatkan isu sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini sejak sekian lama. Untuk terus maju dan menjadi sebuah masyarakat yang berjaya, jiwa kita sebagai suatu masyarakat yang bernaung di bawah satu payung pemerintahan yang sama hendaklah  bergabung menjadi satu dan padu. Ringkasnya, kita haruslah menanamkan semangat perpaduan dalam sanubari kita sedalam-dalamnya. Pihak- pihak yang cuba menjadi duri dalam daging dan mengapi-apikan masyarakat kita dengan isu perkauman ini seharusnya dikecam dan diadili seadil-adilnya oleh yang layak.

Kedua, masyarakat kita juga hendaklah sama-sama berusaha menghalang jenayah-jenayah yang melibatkan hak-hak kita sebagai rakyat Malaysia daripada di gugat dan diancam sewenang-wenangnya. Sebagai contohnya, kegiatan cetak rompak,menyembunyikan beras dan banyak lagi. Kegiatan-kegiatan ini secara amnya hanya memberi faedah kepada sebelah pihak sahaja dan membuatkan pihak yang lain kerugian yang tidak tertanggung. Mungkin kita tidak merasainya namun ketidakadilan ini tidak boleh dibiarkan sahaja kerana ia bakal menjadi penghalang daripada wawasan yang ingin kita capai. Oleh itu, kita haruslah berganding bahu saling bantu-membantu mencegah permasalahan ini.

Ketiga, fokus kita terhadap bidang pendidikan haruslah tidak diabaikan memandangkan pendidikanlah yang bakal membentuk warga negara kita terutamanya pendidikan awal. Warganegara yang berpendidikan tahu apa yang harus dilakukan untuk mencapai visi negara. Warga yang berpendidikan mampu memimpin, mampu membezakan antara yang betul ataupun yang salah serta tahu apa yang bakal dihadapinya pada masa hadapan. Mereka mampu untuk berfikir di luar kotak fikiran dan mampu untuk berjaya walaupun menghadapi saat yang sukar. Oleh itu, penting bagi kita memastikan warga kita adalah warga yang berpengatahuan dan berpendidikan. Dan tanggungjawab itu tidak hanya dipikul oleh kerajaan ataupun pendidik sahaja. Tanggungjawab ini harus dipikul oleh semua barulah perkara ini mampu dicapai tanpa perlu ada insan yang saling menunding jari tatkala perkara yang dingini tidak berlaku.

Kesimpulannya,maafkan saya kerana berceloteh panjang dan terima kasih kerana sudi membacanya sehingga habis.. Nanti datanglah lagi.. ^__^  v
Babai,salam!! 

Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

1 budak comel berucap:

Anonymous said...

fuhh panjangnya.dah macam karangan masa zaman sekolah.

negara akan bersatu padu jika rakyat berusaha mengubah menjadi realiti. Remaja kadang2 tak berminat isu semasa lagi2 hal politik. Mas sendiri cukup sekadar pemerhati shja.macam sekarang ni,ramai je lagi tak daftar undi,coz mereka sendiri confused dengan politik kita. tapi bagi mas, mas bersyukur,coz negara kita masih tolenrasi n aman makmur.