Halaman

Search fOr yOurseLf

Sunday 18 March 2012

Kecekapan tenaga kah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga pembaca yang budiman berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Aku? Baik - baik sahaja, Alhamdulillah. :)
Sebelum aku mula bercerita tentang kecekapan tenaga, aku ingi berkongsi sedikit pengalaman yang membuatkan aku (kononnya) pencinta alam sekitar agak bengang setiap hari, hua8

Seperti yang semua orang tahu ( semua orang tahu ke? bajet je kan.. =,='') Aku sekarang ada kat UPSI kan, bersusah payah untuk mendapatkan seceduk ilmu disini ; dan memandangkan Tanjung Malim bukanlah jarak yang agak dekat dari rumah aku nun di Kuala Besut Terengganu, terpaksalah duduk di kolej kediaman kat sini.

Sebelum itu, aku nak tegaskan disini, aku tak menunding jari kepada sesiapa kerana aku juga manusia biasa sentiasa melakukan kesilapan ; sedang terketika aku juga mengulangi kesilapan yang sama, dan aku tidak sama sekali menjustifikasikan seseorang itu berdasarkan kepada etnitisi dan asal usul mereka. Ini sekadar pemerhatian aku setakat ini.

gambar hiasan
Budak di sini masalahnya suka membazirkan tenaga. Bagaimana? Ya, benar, bil elektrik dibayar oleh urusetia kolej dan kami hanya membayar dalam lingkungan dua ratus lebih untuk satu semester yang merangkumi bil air, elektrik dan penyelenggaran. Mungkin mereka tidak merasai nilai yang perlu dibayar kerana hanya itu yang perlu mereka sumbangkan sepanjang semester, tapi itu tidak bererti mereka berhak untuk membazir tenaga begitu sahaja bukan?
Contoh yang paling nyata, keluar daripada kamar tiada berpenghuni tetapi kipas dan lampu dibiarkan sahaja begitu. Begitu juga dengan tandas, keluar tanpa menutup lampu. Jika pintu tandas yang tidak ditutup tahu pula mereka bising - bising tapi kenapa bila lampu dan paip air tandas yang tidak ditutup, mereka membisu? Aku hairan. Terkadang, cahaya yang dibekalkan daripada suria sudah lebih dari cukup untuk menerangi kamar ataupun tandas tapi setiap yang berada diruangan itu pasti akan menghidupkan lagi cahaya lampu. Aku sangat tidak mengerti natijah pemasangan lampu di siang hari. Satu pembaziran kurniaan Tuhan bukan?

Apa yang ingin aku bicarakan disini adalah, jika kita benar cintakan bumi dan alam sekitar, pasti kita segan untuk membazirkan tenaga begitu sahaja. Tambah pula jika kita sedar hakikat untuk menghasilkan tenaga yang memudahkan kehidupan kita seharian itu bukanlah mudah. Memerlukan proses yang rumit dan merosakkan alam sekitar yang kita sendiri diami logiknya.

Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

Thursday 15 March 2012

Tenaga boleh diperbaharui

Apa itu tenaga boleh diperbaharui? Dengan lafaz Bismillah, Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam satu malaysia.. :)

Jadi, apa yang di katakan dengan tenaga boleh diperbaharui? Tenaga boleh diperbaharui adalah sumber tenaga  yang mampu digantikan oleh alam sekitar dalam jangka masa yang cepat dan singkat. Sumber tenaga seperti ini mempunyai kemampuan untuk terus ada dan tidak akan berkurangan walaupun digunakan secara berterusan oleh sekalian makhluk termasuklah manusia.

Antara sumber - sumber tenaga boleh diperbaharui adalah tenaga solar atau lebih sinonim dengan perkataan solar, tenaga angin, tenaga air atau lebih dikenali sebagai hidro dan juga bahan bakar biojisim. Pada hari ini, kebanyakan daripada sumber tenaga ini digunakan sebagai sumber untuk menghasilkan arus elektrik. Tidak seperti bahan bakar fosil, sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang berasaskan biojisim yakni kuasa hidro,angin dan suria tidak mampu untuk menghasilkan gas - gas rumah hijau secara langsung.


Pada tahun 2006, sekitar 18% daripada penggunaan tenaga dunia dihasilkan oleh sumber-sumber yang boleh diperbaharui, dengan 13% datang daripada teknologi biojisim tradisional seperti pembakaran kayu. Kuasa hidro pula menyumbang sebanyak 3% diikuti dengan pemanasan air (1.3%). Teknologi moden seperti geoterma, angin, suria dan ombak membentuk 0.8% penggunaan keseluruhan tenaga. Potensi penggunaan tenaga sebegini adalah sangat besar, mengatasi kesemua sumber-sumber sedia ada dan telah dicadangkan untuk digunakan sebagai sumber utama penjanaan kuasa.
ihsan pakcik google :)


Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^