Halaman

Search fOr yOurseLf

Friday, 27 April 2012

Sumber tenaga yang boleh diperbaharui

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. diharapkan para pembaca semua sihat dan sejahtera. Pada kali ini saya nak berbicara sedikit serba ringkas mengenai tenaga. Apa itu tenaga? Ya, setiap benda hidup di muka bumi ini memerlukan tenaga ; bahkan angkasa lepas turut mengandungi tenanga. Tenaga boleh membawa kepada banyak definisi. Tapi pada kali ini, saya mahu mengungkap perihal tenaga boleh diperbaharui. Tenaga yang sentiasa ada dan tenaga sentiasa boleh kita perbaharui jika didefinisikan dari segi istilah.
HIASAN JE
Jadi, dari mana datangnya sumber tenaga ini? Jawapannya, dari pelbagai sumber. Ada yang kita mampu lihat dan rasai dengan mata kasar dan ada juga yang memerlukan proses tertentu untuk menghasilkan tenaga sedemikian.
Antara contoh tenaga yang boleh diperbaharui adalah tenaga hidro (air) , tenaga matahari (suria) , tenaga angin dan banyak lagi. Penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui ini sedikit sebanyak sebenarnya dapat mengurangkan kebergantungan kita terhadap penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbahrui seperti bahan bakar fossil disamping mengurangkan lebih banyak kos penyediaannya.

Seperti yang kita tahu, bahan bakar fossil mengambil masa jutaan tahun untuk terhasil dan penggunaan yang berterusan akan menyebabkan sumber ini semakin berkurangan memandangkan kita tidak dapat memperbaharuinya dengan kadar yang pantas. Oleh itu, apabila penggunaan tenaga ini kita gantikan dengn tenaga yang boleh diperbaharui, hal ini sebenarnya banyak membantu manusia dari sudut positif dan kita tidak lagi perlu risau akan kenaikan harga pasaran tatkala harga bahan bakar fossil meningkat. 
Benar tatkala ini pelbagai kajian dan dapatan perlu dilakukan bagi mencari formula yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini dan tiada siapa yang mungkin dapat menafikan bahawa semua ini hanya akan menelan belanja yang sedikit. Benar, kos perbelanjaan untuk sesuatu kajian itu memakan jutaan ringgit mungkin jika kita berbicara tentangnya secara umum. Tapi, adakah kita memandang hal ini dari sudut postifnya pula? Pandang permasalahan ini dari sudut jangka masa panjang. Lihat kebaikan dalam jangka masa 15 tahun lagi mungkin.

#BICARAKOSONG#

Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

0 budak comel berucap: