Halaman

Search fOr yOurseLf

Saturday, 4 June 2011

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan malahan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana sudi meluangkan sedetik dua masa anda untuk menjengah entry saya yang tidak seberapa ini. Terima kasih dan saya bersyukur kerana ada yang sudi,Alhamdulillah.
Ya, untuk pos yang pertama ini , saya akan menjelaskan kenapa saya boleh berada di arena ini. 
Salam sejahtera kepada pembaca semua, blog ini secara amnya saya adakan (dicipta khas) demi menyertai pertandingan blog yang telah di anjurkan oleh Hal Ehwal Pengguna Malaysia(pertandingan blog) yang mana menawarkan hadiah sebanyak RM 2000 kepada pemenang hadiah tempat pertama (bagi kategori saya). Ya mungkin saya tiada peluangnya untuk bergelar pemenang hadiah utama dengan penyertaan yang hampir mencecah ribuan angka.

Walaubagaimanapun, saya nekad untuk menyertainya. Saya mahu menimba pengalaman ini. Ya, mungkin juga berharap sedetik lebih untuk memenangi hadiah utama, memandangkan ya saya sangat memerlukan wang. cari simpati konon,hehehe
Walau apapun, saya berharap agar pembaca-pembaca sekalian dapat menyokong saya dengan memberikan komen yang positif, like dan jika boleh, 'follow' lah saya dan mohon rakan - rakan anda untuk berkongsi blog saya ini. 

Walau apa jua yang anda mungkin rasakan tentang saya atau isi kandungan blog saya ini, terima kasih kerana sudi meluangkan sedetik waktu untuk membaca dan pertolongan anda amatlah saya hargai. 


Terima kasih banyak-banyak. ^__^ v


Suke tak?? KaLau suKe Like dan KomenLah yer? ^_^

2 budak comel berucap:

MaYa MustWany said...

ooo..bagus ..ada semangat..teruskan ye.

Siti Normalia said...

@MaYa MustWany terima kasih.. :)